Friday, May 22, 2015

TIPS LULUS UJIAN JPJ

Posted by Farah Wawa at 3:30 PM 5 comments
Assalamualaikum

hye si cantik , hye si kacak :)

fuhhh berhabuk dah blog ni, lama betul farah tak update maklum lah bz sikit ngan
bisnes n lesen. hah? lesen? jeng jeng jeng.

Okay harini farah nak kongsi sikit tips-tips untuk lulus ujian jpj memandangkan
farah pun baru je lepas test JPJ 2hari lepas, Alhamdulillah lulus dgn jayanya :D Untuk pengetahuan semua, ini kali kedua farah amik test JPJ selepas gagal dalam litar masa bulan Jun tahun lepas.
sob-sob *tragis

masa tahun lepas farah test JPJ still ada tiang, tapi tahun ni dah pakai sistem baru.
so litar pun dah baru semua TANPA TIANG :)

Okay tanpa cerita panjang lagi farah nak terus share tips utk awak-awak yg bakal ambil test JPJ tu
Ready? Okay scroll . . . . . . . 



BUKIT
  1. Luruskan tayar, minyak tu tekan lebih sikit sbb berat nak naik, haaa? hehehe :D TAPI jgn laju sangat yer nanti terlajak :D
  2. Berhenti bila cermin sisi selaras dengan tiang no.1. 
  3. Tekan CLUTCH, BREAK, freekan GEAR, dan tarik HANDBREAK sampai habis. Kalau tak konfiden tayar tu dah masuk ke tak jenguk kepala kat tingkap tu, 
  4. Angkat tangan tunggu isyarat pegawai JPJ bila dia kata jalan, okay teruskan step untuk turun bukit pulak,
  5. Masuk GEAR satu, tangan kiri ready kat HANDBREAK.
  6. Tekan MINYAK sampai 3 setengah sambil tu lepaskan CLUTCH slow slow, rasa macam kereta tu dah berhenjut terus lepaskan HANDBREAK.

Bukit

EXTRA TIPS:
Jangan lepaskan CLUTCH sampai habis bila bermain dengan MINYAK, kalau tak enjin kereta tu berhenti, biar seimbang yer :)



PARKING
  1. Masuk GEAR satu, maju kedepan sambil tu CLUTCH tu lepaskan slow slow. TAK PAYAH tekan minyak yer awak awak semua,  dan luruskan tayar.
  2. Berhenti bila cermin tiga segi kat belakang tu selari dengan penanda kotak parking di bhg.depan.
  3. Pusing STERENG 1 kali ke KIRI
  4. Masuk GEAR reverse dan undur perlahan2, Diulangi kaki tu TAK PAYAH gatai sangat tekan minyak, just main dengan CLUTCH je tau :D
  5. Undur sampai tayar belakang sebelah kanan tu jejak kat GARISAN petak parking.
  6. Still dalam GEAR reverse, pusing STERENG ke KANAN habis dan undur. Undur sampai body kereta dah masuk petak parking.
  7. Masuk GEAR satu, pusing STERENG ke KIRI habis dan maju kedepan, Sikit je, agak agak kereta tu dah lurus dalam petak lambai lambai lah tangan kat pegawai JPJ tu.
  8. Masuk GEAR reverse, STERENG tu maintain je dan undur slow slow. Hati-hati yer jangan undur sampai tayar belakang keluar dari petak parking.
  9. Masuk GEAR satu, pusing STERENG ke KANAN habis dan keluar dari petak parking.
Petak Parking Tanpa Tiang

Parking


EXTRA TIPS:
Pastikan cermin sisi berada dalam petak parking. Kawal CLUTCH dan tahan CLUTCH untuk kekalkan pergerakan. Tekan sikit untuk slow dan lepaskan sikit untuk bergerak.


TIGA PENJURU
  1. Masuk GEAR satu, maju kedepan sambil luruskan tayar. 
  2. Berhenti bila penanda selaras dengan bahu.
  3. Masuk GEAR reverse, pusing STERENG ke KANAN habis dan undur slow slow.
  4. Balas STERENG ke KIRI 2 kali bila tayar belakang dah selaras dengan penjuru.
  5. Berhenti bila penanda selaras dengan bahu.
  6. Angkat tangan bagi isyarat kat pegawai JPJ dan terus masuk GEAR satu gerak kedepan dan keluar. 
3 Penjuru



EXTRA TIPS:
Time nak keluar dari 3 penjuru tu balas stereng ke kiri cepat cepat, kalau tak nanti terlanggar pulak bahu jalan.



Okay, ni ujian tambahan mengikut sistem baru, so selepas buat ketiga tiga ujian kat atas tu awak kena buat selekoh 'S' dan 'Z' pulak. Tak susah pun, ikot je laluan dia tu :D

SELEKOH 'S'
Masuk GEAR satu kawal CLUTCH dan gerak ikut laluan 'S'.

Selekoh 'S'


SELEKOH 'Z'
Masuk GEAR satu kawal CLUTCH dan gerak ikut laluan 'Z'.



EXTRA TIPS:
Kawal CLUTCH jangan berhenti bergerak semasa melalui pusingan 'S' dan 'Z' ni. Pastikan tayar tak sentuh garisan kuning dalam laluan tu.


Akhir sekali buat awak awak yg akan hadapi test JPJ tu, i wish u good luck. Relaks, jangan gelabah, kepada yg beragama Islam tu, berdoa banyak banyak mintak Allah permudahkan segala urusan kita, mintak mak ayah kita doakan kita. Doa mereka tu berkat, Jumpa lagi entry seterusnya, semoga tips ini dapat membantu awak semua untuk test JPJ, Assalamualaikum.

Saturday, May 16, 2015

CARDIGAN + DRESS + SHAWL (3 in 1)

Posted by Farah Wawa at 1:18 AM 0 comments
CARDIGAN + DRESS + SHAWL (3 in 1)

Price: RM80

Material: Lycra

Measurement :- Free Size (fit till L)

*Cardigan
Shoulder: 34cm
Sleeve: 54cm
Length: 90cm

*Dress
Length: 140cm
Bust: 90cm

Colours: Brown/Orange


Friday, April 24, 2015

Cadar Patchwork Kanak-Kanak

Posted by Farah Wawa at 7:43 PM 0 comments
CADAR PATCHWORK KANAK-KANAK
pm / whatsapp 0176670211 (Farah) for detail :)

Saiz: Single ( 1 cadar, 1 Sarung Bantal )
Material : 100% cotton
SIZE : 150 X 200CM
Berat : ±1.5KG
THREAD : 230

1 set : RM145.00
10 Set RM140.00
30 set RM135.00
(harga untuk semenanjung Malaysia shj , include postage)

code : 001


code : 002


code : 005


code : 006



code : 007



code : 010



code : 015



code : 016
 

✿◕‿◕✿ Farah Wawa Blogger ✿◕‿◕✿ Hak Cipta Terpelihara Themes designed by Farah Wawa Blogger